Shell bantu capai kecekapan, kurangkan kos pemilikan

KAMARUDDIN (tiga dari kiri) bergambar dengan replika Shell Primula Ultra di MiECC baru-baru ini.
KAMARUDDIN (tiga dari kiri) bergambar dengan replika Shell Primula Ultra di MiECC baru-baru ini.
A
A
A

SHELL Malaysia baru-baru ini menampilkan formula rumusan lengkap bagi industri pengangkutan dan logistik. Rumusan tersebut terdiri daripada rangkaian pelincir sintetik premium berkelikatan rendah Shell Rimula, Shell FuelSave Diesel dengan Teknologi Dynaflex dan Shell Card.

Ia dapat dimanfaatkan oleh pengendali fleet bagi membantu mereka mencapai kecekapan dan produktiviti yang optimum dan mengurangkan jumlah kos pemilikan.

Pelincir premium Shell Rimula yang dihasilkan dengan spesifikasi API CK-4 yang termaju bukan sahaja bertujuan untuk mencapai ekonomi bahan api yang lebih baik dan selang masa penukaran minyak yang lebih lama, tetapi pada masa sama memberi kesan positif dalam mengurangkan kadar pencemaran.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan berkata, pengguna di Malaysia boleh meyakini pelincir Shell Rimula kerana secara menyeluruhnya, ia serasi dengan bahan api bio termasuklah bio diesel B10 di Malaysia.

"Sebagai peneraju teknologi, Shell sentiasa menilai kesan biodiesel dan menghasilkan pelincir untuk menghadapi cabaran seperti peningkatan pengoksidaan, mendapan, perubahan dalam kelikatan minyak dan kakisan komponen enjin.

"Shell Rimula telah menunjukkan prestasi yang melangkaui syarat yang ditetapkan apabila diuji dengan ujian pengoksidaan, bearing dan enjin yang begitu ketat yang menambahkan lagi nilai penyelesaian kami untuk industri pengangkutan dan logistik,” kata beliau pada Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) 2019 di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) di Seri Kembangan, Selangor.

Produk keluaran Shell yang baharu itu mematuhi spesifikasi ACEA E6 dan ACEA E9 Eropah yang terkini dan mendapat kelulusan pengeluar untuk digunakan bagi enjin diesel ultra moden (yang mematuhi piawaian pelepasan bahan cemar Euro 4 hingga Euro 6).

Ia menawarkan hayat minyak yang lebih lama dan selang masa penukaran minyak yang lebih panjang iaitu sehingga 150,000 kilometer termasuk perlindungan daripada kehausan enjin yang lebih baik dalam semua keadaan bentuk rupa bumi dan cuaca. Manfaat penggunaan Shell Rimula akan lebih ketara lagi apabila digunakan dengan Shell FuelSave Diesel.

Artikel Berkaitan:

Diesel berkualiti tinggi dari Shell pula menampilkan teknologi Dynaflex yang dapat membantu supaya enjin kenderaan kekal bersih dan dilindungi untuk pengendalian yang cekap.