X

Kindly register in order to view this article
!

Doktor palsu gila seks dicekup

Fadzil Ahmat
A
A

KLANG - Seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor dan membuat gangguan seksual kepada 21 wanita sejak beberapa bulan lalu ditahan polis di sebuah hotel di sini semalam.

Perbuatan tidak senonoh lelaki berusia 39 tahun dari Terengganu itu terbongkar apabila polis Selangor menerima tiga laporan polis berhubung kes tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa mengadu seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai doktor membuat gangguan seksual ke atas diri mereka menerusi panggilan telefon

Menurutnya, kesemua mangsa terdiri daripada wanita yang menjalani pemeriksaan kesihatan bagi syarat permohonan perkahwinan.

Suspek yang memperkenalkan diri sebagai doktor memberitahu menghubungi mangsa kononnya untuk memaklumkan hasil pemeriksaan kesihatan dilakukan.

“Mangsa akan diberitahu kononnya mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kanser payu dara, masalah darah, ketulan di payu dara dan sebagainya.

“Menerusi panggilan telefon itu, suspek arahkan mangsa berbaring sambil berpusing ke kiri dan kanan dan mencangkung sambil menggosok kemaluan.

“Mangsa juga diarah menepuk buah dada, membuat bunyi terangsang sambil bercakap kata-kata lucah,” katanya.

Fadzil berkata, siasatan lanjut mendapati sebanyak 21 laporan polis berhubung ke sama sudah dibuat di seluruh negara oleh mangsa yang berlainan.

Bertindak atas maklumat polis berjaya memberkas suspek yang didapati turut mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan untuk membuat panggilan kepada mangsa. Polis masih menyiasat bagaimana suspek memperoleh maklumat mangsanya.

“Suspek direman selama dua hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 509/170 Kanun Keseksaan,” katanya.