Ini makanan tinggi gula 'digilai' lelaki

No Image Caption
A
A
A

KETAGIHAN pada makanan dan minuman mengandungi kadar gula yang tinggi amat membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Apatah lagi melihat rutin golongan jejaka yang gemar menikmati minuman bikarbonat dan kopi segera. Alasan mereka tanpa gula badan akan menjadi lemah dan tidak bertenaga.

Menurut Pakar Perubatan, Hospital Orange, California, Amerika Syarikat, Dr Eric Pham, sekiranya tabiat sedemikian tidak diubah bimbang ia menjejaskan kesihatan tubuh badan sekali gus mengundang pelbagai penyakit.

"Buktinya, satu kajian dijalankan mendapati tanpa meletakkan sebarang gula tambahan dalam makanan ia memberikan kesan positif pada tubuh badan.

"Dalam tempoh seminggu sahaja, hasil kajian menunjukkan bacaan darah dan lemak kembali normal termasuklah kadar gula dalam darah dapat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Antara makanan tinggi gula yang harus dielakkan:

-Kopi segera

-Minuman dan makanan ringan

Artikel Berkaitan:

-Yogurt

-Sos tomato, cili dan salad

-Roti putih dan berinti

-Coklat dan gula-gula

-Kek dan kuih-muih

-Aiskrim