Tiga ejen penyeludupan warga Myanmar ditahan

Narenasagaran
Narenasagaran
A
A
A

GEORGETOWN - Polis berjaya menumpaskan rangkaian sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia yang didalangi warga Myanmar ke negeri ini, Jun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran berkata, dalam operasi khas pada 14 Jun lalu, polis menyerbu tiga buah lokasi dan berjaya menahan lima kaum Rohingya iaitu dua ejen penyeludupan, seorang ejen pemalsuan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan dua mangsa.

"Ketiga-tiga etnik Rohingya yang ditahan dipercayai terlibat dalam menguruskan penyeludupan masuk warga Myanmar ke negeri ini. Hasil daripada tangkapan itu, polis berjaya membongkarkan kegiatan memalsukan kad UNHCR di kalangan komuniti Rohingya.

"Ketiga-tiga ejen yang ditangkap disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala dua mangsa tersebut, disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, operasi khas berkenaan dilakukan di tiga lokasi berasingan di Seberang Perai Utara dibuat hasil risikan beberapa minggu sebelum ini.

"Polis akan terus menjalankan operasi khas selain mempertingkatkan usaha dalam membanteras sindiket penyeludupan migran ke negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan: