Warga emas maut terjun pangsapuri tingkat 12

Tempat lokasi ditemui mati (Gambar kecil: Bangunan Pangsapuri Bayu Puteri... lokasi mangsa terjun)
Tempat lokasi ditemui mati (Gambar kecil: Bangunan Pangsapuri Bayu Puteri... lokasi mangsa terjun)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 12 aras rumahnya di Pangsapuri Bayu Puteri, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, wanita berusia 77 tahun itu maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Mohd Afzanizam Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di kawasan itu berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak polis berkejar ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Mangsa tidak bekerja dan rumah mangsa juga terletak di aras yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Afzanizam berkata, tiada surat atau nota ditemui bersama mangsa dan siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti punca mangsa bertindak sedemikian.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi.

“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.