Penganggur tak mengaku hisap dadah kali ketiga

Atan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam diri sendiri untuk kali ketiga.
Atan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam diri sendiri untuk kali ketiga.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas kerana menyalahgunakan dadah melebihi dua kali.

Bagaimanapun, tertuduh, Atan Muda, 44, dari Hulu Terengganu mengaku tidak bersalah pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya buat kali ketiga pada jam 12.20 pagi di tandas Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, 10 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1)(b) akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara lima dan tujuh tahun dan tiga kali sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Lishantini itu disebut semula 19 Ogos ini untuk dan tertuduh dibenarkan diikat jamin.

Atan sebelum ini pernah disabitkan kesalahan sama di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu iaitu pada 30 September 2015 dan pada 20 September 2017.

Artikel Berkaitan: