LZS agih wang saku kepada 14,829 pelajar asnaf

LZS menyediakan bantuan wang saku dan makanan kepada 14,829 pelajar asnaf fakir dan miskin terpilih sejak awal Julai lalu bagi meringankan beban golongan itu.
LZS menyediakan bantuan wang saku dan makanan kepada 14,829 pelajar asnaf fakir dan miskin terpilih sejak awal Julai lalu bagi meringankan beban golongan itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan bantuan wang saku dan makanan kepada 14,829 pelajar asnaf fakir dan miskin terpilih sejak awal Julai lalu bagi meringankan beban golongan itu.

Dalam satu kenyataan, LZS memaklumkan Rancangan Agihan Wang Saku (RAWS) di bawah Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) itu melibatkan 231 sekolah rendah dan menengah terpilih di Selangor.

Menurutnya, program bantuan itu dilaksanakan Unit Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengurusan Pendidikan dan Divisyen Pembangunan Asnaf LZS.

Katanya, pemilihan sekolah dibuat berdasarkan yang paling ramai mempunyai pelajar asnaf fakir dan miskin.

“Agihan melibatkan pelajar di 124 sekolah bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan 107 sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Pelajar yang layak menerima bantuan berbentuk wang saku sebanyak RM3 sehari atau makanan dan agihan diberikan berdasarkan kehadiran mereka ke sekolah,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berhubung program orang ramai boleh menghubungi Zakat Selangor di talian 1300884343.

Artikel Berkaitan: