Wan Ji minta hukuman penjara ditangguh

Wan Ji Wan Hussin
Wan Ji Wan Hussin
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin yang sedang dipenjara kerana menghasut terhadap Sultan Selangor, memfailkan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman tersebut.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Mohd Radzlan Jalaludin kepada Sinar Harian.

Menurutnya, permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

"Iya, kami telah memfailkan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman hari ini," katanya.

Penangguhan perlaksanaan hukuman penjara itu dipohon atas alasan pihaknya memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Rayuan.

Wan Ji, 37, ditahan di Penjara Kajang, sejak semalam selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintah pihaknya memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman secara rasmi.

Bekas Penasihat agama Lim Guan Eng itu terpaksa meringkuk di penjara selepas Hakim, Datuk Abdul Halim Aman menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/36642/BERITA/Mahkamah/Wan-Ji-ke-penjara

Artikel Berkaitan:

Malahan, Abdul Halim turut meminda hukuman tersebut kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

Pada 9 April 2018, didapati bersalah terhadap pertuduhan menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.