Remos, si kambing 'handsome' tular ke seluruh dunia

Remos didakwa pandai berposing di hadapan kamera.
Remos didakwa pandai berposing di hadapan kamera.
A
A
A

JAKARTA - Biasanya, hanya wajah manusia dikategorikan sebagai kacak dan cantik.

Tetapi, kini kisah kambing kacak spesies Saneen digelar Remos di Kuala Kangsar, Perak, Malaysia telah menjadi fenomena di media sosial bahkan di Indonesia turut menggunakan tajuk 'Berwajah Ganteng, Kambing Ini Viral di Media Sosial'

Kisah Remos bermula menerusi status Facebook akaun milik Muhammad Livestock Farm yang dikongsi pada Sabtu lalu.

"Kerana kambing itu 'handsome', kami ada banyak gambarnya. Remos juga masih berusia 11 bulan. Untuk mereka yang sedang mencari kambing kacak, boleh like halaman Facebook kami," menurut kapsyen akaun media sosial tersebut.

Ramai pengguna Facebook juga memberi komen teruja selepas melihat gambar Remos.

Remos bukan hanya berwajah tampan malah kambing itu didakwa pandai beraksi di hadapan kamera seperti manusia.

Perkara itu turut disahkan penternak kambing, M Fadzil.

"Remos sangat suka apabila gambarnya diambil. Setiap kali apabila ia melihat ada kamera, Remos akan posing seolah sedang tersenyum," lapor Liputan6.com memetik kenyataan Ahmad M Fadzil yang diambil menerusi laman New Straits Times.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, status Facebook tentang Remos itu telah dikongsi hampir empat ribu kali dan menerima lebih 1,700 like dan 1,600 komen. - Liputan6.com