Sekretariat Lajnah Dakwah Pas Pusat perlu1,000 sukarelawan

 Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
A
A
A

KUANTAN - Sekretariat Lajnah Dakwah Pas Pusat memerlukan 1,000 sukarelawan bagi menyertai Pasukan Sukarelawan Dakwah yang akan ditubuhkan.

Pengerusinya, Nasrudin Hassan berkata, Pasukan Sukarelawan Dakwah ditubuhkan bagi menggerakkan sukarelawan dalam melaksanakan gerak kerja dakwah Islamiyah di lapangan.

Menurutnya, untuk fasa pertama penubuhan pasukan itu, pihaknya memerlukan penglibatan lebih ramai sukarelawan dari seluruh negara untuk menjayakan pelbagai aktiviti seperti dakwah jalanan, pengedar risalah, himpunan dakwah dan ziarah dakwah.

“Pasukan sukarelawan ini terbuka kepada semua yang beragama Islam berusia 18 tahun ke atas dan bagi mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri dengan menghantar butiran peribadi ke http://www.wasap.my/+601151134991.

“Kami sangat berbesar hati atas penyertaan dan komitmen para sukarelawan untuk menyemarakkan gerak kerja dakwah Islamiah di negara ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: