PM terkejut pelantikan transgender Rania Zara Medina

PM bercakap kepada pemberita pada sidang media di Parlimen hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
PM bercakap kepada pemberita pada sidang media di Parlimen hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terkejut apabila dimaklumkan Kementerian Kesihatan melantik seorang lelaki dengan penampilan wanita, Rania Zara Medina sebagai ahli jawatankuasa pertubuhan Country Coordinating Mechanism (CCM).

Beliau mengakui tidak maklum berhubung status jantina Rania Zara Medina.

“Apa transgender? Awak (wartawan) dah periksa dia ke? Betul ke dia transgender?

“Saya tidak tahu macam mana dia transgender, saya tak jumpa dia,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, media sosial hangat dengan kritikan selepas Rania Zara sendiri membuat pengesahan mengenai pelantikannya itu di akaun Facebook miliknya.

Rania Zara turut memuat naik surat pelantikannya yang ditandatangani Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pada 25 Jun lalu.

Difahamkan Rania Zara mewakili komuniti mak nyah di negara ini dalam CCM.

Artikel Berkaitan: