India bina 250 rumah untuk penduduk Rakhine

Konflik di Rakhine yang menyaksikan rumah penduduk dibakar telah menyebabkan ramai komuniti hilang tempat tinggal.
Konflik di Rakhine yang menyaksikan rumah penduduk dibakar telah menyebabkan ramai komuniti hilang tempat tinggal.
A
A
A

MAUNGTAW - India menyerahkan lebih 250 rumah baharu kepada Myanmar untuk penduduk kampung yang hilang tempat tinggal di utara Rakhine.

Rumah pasang siap itu sebahagian daripada perjanjian ditandatangani antara New Delhi dan Yangon pada Disember 2017.

Sumbangan India itu adalah salah satu daripada projek muhibah yang diterima Myanmar.

Difahamkan, China dan Jepun turut membina rumah untuk menampung komuniti pelarian di Rakhine.

Di bawah projek perumahan itu, Myanmar telah memperuntukkan tiga bidang tanah untuk pembinaan.

Pihak berkuasa memaklumkan perumahan baharu itu terletak dalam lingkungan 3 kilometer daripada kawasan rumah lama mereka.

Setiap rumah pasang siap itu berukuran 40 meter persegi dan kelompok terbesar adalah perkampungan Shwe Zar yang mempunyai 148 unit untuk komuniti India.

Penempatan itu juga dilengkapi dengan bekalan elektrik dan sistem paip yang dijangka siap sebelum akhir bulan ini.

Artikel Berkaitan:

Menurut perjanjian itu, India akan menyediakan 750 tambahan kepada Myanmar, namun tarikh sebenar projek itu masih belum dimuktamadkan. - CNA