Awas jika ‘Fahmi Fadzil’ minta pinjam duit

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan terdapat individu yang menyamar sebagai dirinya dan meminta wang daripada orang lain.

Fahmi dalam ciapan Twitternya berkata, individu berkenaan menggunakan nombor 0177653371 dan menghantar WhatsApp kepada senarai kenalannya serta meminta pinjaman wang sebanyak RM2,500.

Beliau berkata, nombor telefon berkenaan bukan miliknya dan pejabatnya akan membuat laporan polis dengan segera bagi mengelakkan ada yang tertipu dengan taktik itu.

Berdasarkan tangkap layar yang dimuat naik Fahmi, individu berkenaan menggunakan gambar aktiviti Ahli Parlimen Lembah Pantai itu di Parlimen bagi meyakinkan mangsa untuk memindahkan wang.

Wang yang ingin dipinjamkan perlu dimasukkan ke akaun Maybank atas nama Jeffry.

Sementara itu, ciapan balas Mohd Isse Ishak mendakwa, sudah ramai yang menjadi mangsa penyamaran berkenaan dan memindahkan wang ribuan ringgit.

Dakwa Mohd Isse, terdapat rakannya daripada kumpulan perunding hartanah sudah menjadi mangsa.

Artikel Berkaitan: