MCPF, pelajar UUM santuni gelandangan di CIQ

Zamrud ( tengah) bertanyakan sesuatu kepada gelandangan ketika program menyantuni mereka diadakan di CIQ Johor Bahru.
Zamrud ( tengah) bertanyakan sesuatu kepada gelandangan ketika program menyantuni mereka diadakan di CIQ Johor Bahru.
A
A
A

PONTIAN- Yayasan Pencegahan Jenayah Kebangsaan ( MCPF) daerah Pontian bersama pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil inisiatif menyantuni golongan gelandangan di sekitar Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen (CIQ) Johor Bahru.

Pengerusi MCPF daerah Pontian, Datuk Zamrud Misdi berkata, program tersebut bertujuan menyelami kehidupan mereka seterusnya mewujudkan ukhuwah yang lebih erat antara pelajar dan gelandangan.

“Buat julung kalinya, kami mencari kelainan dengan mendekati golongan gelandangan di luar bulan Ramadan.

“Banyak yang dipelajari dari kisah hidup mereka seharusnya dijadikan pengajaran.

"Kemahiran pengurusan program yang diaplikasikan pelajar ini dengan menyantuni gelandangan cukup baik,” katanya.

Sementara itu salah itu pelajar Noor Azua Irma Abd Hamid berkata program dijayakan bersama oleh enam pelajar PJJ UUM bagi Ijazah Pengurusan Awam yang menggunakan nama kumpulan aatik bermaksud pemurah dan murni.

“Lebih 50 gelandangan disantuni di mana-mana mereka ini kebanyakan golongan berusia,” katanya.

Artikel Berkaitan: