PU Abu oh PU Abu!

No Image Caption
A
A
A

APA sudah jadi dengan peserta Pencetus Ummah (PU) Abu ini?

Selepas dilanda kontroversi menceraikan isteri yang sedang hamil, terkini dia dihimpit pula kisah sensasi baharu apabila rumah tangga bagi perkahwinan keduanya pula dikatakan retak.

Memetik laporan, baharu dua bulan menceraikan Ain 'Afini Latif, kebahagiaan yang diharapkan untuk perkahwinan terbaharunya dengan seorang ibu tunggal, Hana Azraa pula diuji.

Perkara itu dikongsikan Hana Azraa sendiri kepada sebuah portal berita tempatan.

Menurut Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi sudah membawa haluan masing-masing dan mereka tidak lagi tinggal bersama.

"Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

"Saya tak nak dikaitkan dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya," kata Hana Azraa kepada mStar.

Menerusi semakan, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram (IG) masing-masing sejak sebulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Hana Azraa berkata, dia tampil menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak salah faham dalam kalangan netizen.

"Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu... Tak nak mereka salah faham tentang kami.

"Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagian PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga.

"Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-ALLAH," ujarnya.

Abu Sufyan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang bagi prosiding kes cerai beliau dengan Ain 'Afini baru-baru ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Abu Sufyan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang bagi prosiding kes cerai beliau dengan Ain 'Afini baru-baru ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Dalam pada itu, PU Abu ketika dihubungi dilaporkan enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Hana Azraa berkaitan status rumah tangga mereka.

"Saya dan dia masih suami isteri," katanya ringkas.

Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain 'Afini pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April lalu.

Nama Hana Azraa dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain 'Afini yang ketika itu sarat hamil anak pertama.

Konflik perceraian PU Abu dan Ain 'Afini berkesudahan dengan jatuhnya talak dua pada 16 Mei lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar yang lahir pada 7 Jun lalu di Hospital Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Abu Sufyan cerai Ain 'Afini talak 2

PU pilih janda, cerai isteri sedang hamil