Kerajaan saman Aeon Credit bagi cukai tidak dibayar

Aeon Credit
Aeon Credit
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aeon Credit Service (M) Bhd telah menerima writ saman bersama pernyataan tuntutan yang difailkan oleh kerajaan berhubung cukai yang didakwa patut dibayar untuk tahun taksiran 2010 hingga 2016.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, perkara tersebut telah ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi pada 23 Julai, 2019.

Aeon Credit berkata, selepas berunding dengan peguamnya, syarikat itu mengekalkan pendiriannya bahawa terdapat asas yang baik dalam undang-undang untuk mencabar kesahihan cukai dan penalti yang dituntut oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga prosiding sivil yang dimulakan terhadap syarikat itu.

"Ini terutamanya, syarikat telah mendapatkan nasihat profesional daripada syarikat perunding cukai bebas dan bereputasi mengenai cukai dan bahawa notis taksiran tambahan bagi tahun taksiran 2010 dan 2011 adalah ‘time barred’," katanya.

Untuk rekod, Aeon Credit telah dikenakan cukai tambahan dan penalti berjumlah RM96.82 juta oleh LHDN pada Disember 2017.

Sehingga 5 petang hari ini, saham syarikat itu naik lapan sen kepada RM16.78, dengan 200,900 saham diniagakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: