Pengusaha ditawar pinjaman beli van, bas sekolah jika...

Kamariah (depan, tiga dari kiri) bersama ahli Persatuan Pemandu dan Pengusaha Bas dan Van Sekolah Kemaman pada jamuan di Balai Raya MPKK Gong Limau.
Kamariah (depan, tiga dari kiri) bersama ahli Persatuan Pemandu dan Pengusaha Bas dan Van Sekolah Kemaman pada jamuan di Balai Raya MPKK Gong Limau.
A
A
A

KEMAMAN - Pengusaha van sekolah tidak berpermit di daerah ini ditawarkan untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Pemandu dan Pengusaha Bas dan Van Sekolah Kemaman bagi menikmati kemudahan pinjaman untuk pembelian kenderaan baharu.

Pengerusi Persatuan Pemandu, Pengusaha Bas dan Van Sekolah Kemaman, Kamariah Abdullah berkata, kemudahan pinjaman itu disediakan menerusi sebuah koperasi bagi menghapuskan van atau bas sekolah buruk dan yang beroperasi secara haram.

"Kita minta pengusaha yang tidak ada permit mendaftar sebagai ahli persatuan sebab mereka boleh beli van atau bas sekolah baharu tanpa buat pinjaman bank kerana sebelum ini kebanyakan mereka berdepan dengan masalah untuk mendapatkan permit disebabkan pinjaman kenderaan belum selesai dan masalah keadaan kenderaan itu sendiri.

"Usaha ini demi keselamatan pelajar agar mereka diberi perlindungan sepenuhnya ketika pergi dan pulang dari sekolah," katanya.

Kamariah ditemui Sinar Harian pada majlis jamuan dan mesyuarat bersama ahli Persatuan Pemandu dan Pengusaha Bas Sekolah Daerah Kemaman di Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Limau di Chukai di sini.

Beliau berkata, kemudahan baharu yang disediakan kepada pemandu dan pengusaha bas serta van sekolah itu diumumkan pada mesyuarat antara pengusaha bas dan van sekolah seluruh Malaysia dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Putrajaya baru-baru ini.

Menurutnya, banyak manfaat lain akan dinikmati individu yang mendaftar sebagai ahli persatuan termasuk boleh mengetahui secara terus kemudahan yang diberikan kerajaan.

"Selain itu bila berada dalam satu persatuan, kebajikan mereka juga terbela kerana menjadi amalan kita untuk melawat ahli-ahli yang sakit," katanya.

Artikel Berkaitan: