Perkenal dasar baharu perumahan swasta

Ahmad Samsuri menyempurnakan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan RMM Tajin di Kampung Tajin, Hulu Terengganu hari ini.
Ahmad Samsuri menyempurnakan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan RMM Tajin di Kampung Tajin, Hulu Terengganu hari ini.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Kerajaan Terengganu bakal memperkenalkan dasar baharu pembangunan perumahan swasta termasuk bagi Rumah Mampu Milik (RMM) yang lebih bersifat ‘mesra’ pemaju pada bulan hadapan.

Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terdapat beberapa syarat perlu dipatuhi dan antara perkara yang akan dipertimbangkan ialah dari segi kos tanah supaya harga rumah dapat diturunkan.

“Kita terbuka dengan inisiatif daripada pihak swasta yang boleh menjadi pemaju tetapi ada syarat-syarat tertentu, dari segi kos mungkin bagi pemaju swasta mereka kurang berminat kerana tidak begitu untungkan mereka.

“Bagaimanapun, kita percaya mereka boleh terima dengan dasar perumahan swasta baharu akan kita perkenalkan nanti yang mesra pemaju,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Samsuri menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan RMM Tajin dan Penyerahan Suratan Hakmilik Felcra Seberang Kuala Jeneris 1.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh; ADUN Ajil, Maliaman Kassim dan ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, sebanyak 250 RMM akan dibina bermula bulan hadapan di atas tanah seluas kira-kira 10 hektar.

Menurutnya, projek pembinaan RMM tersebut bermula Jun dan dijadualkan siap pada 2021 dengan melibatkan kos pembinaan hampir RM30 juta.

Artikel Berkaitan: