Laluan sukar Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MALAYSIA dijangka berdepan laluan sukar dalam acara berpasukan campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Asia 2019 di Suzhou, China, minggu depan selepas diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara 2017, Indonesia dan naib johan 2018, Jepun.

Menurut laman sesawang Konfederasi Badminton Asia (BAC); www.badmintonasia.org, juara bertahan China selaku tuan rumah yang memburu gelaran kesembilan dalam acara berpasukan campuran, berada selesa dalam Kumpulan D bersama dua pasukan kerdil iaitu Singapura dan Nepal

Juara dua kali, Korea Selatan dijadualkan melangkah dengan mudah ke suku akhir selepas berada bersama India, Mongolia dan Macau dalam Kumpulan C, manakala empat pasukan - Thailand, Taiwan, Hong Kong dan Sri Lanka akan bersaing dalam Kumpulan B.

Acara pasukan akan berlangsung dari 20 hingga 23 Julai, diikuti acara individu dalam lima kategori - perseorangan remaja lelaki dan perempuan, beregu remaja lelaki dan perempuan, dan beregu campuran dari 24 hingga 28 Julai.

Untuk rekod, Malaysia telah memenangi acara beregu campuran sebanyak dua kali iaitu pada 2007 dan 2009, selain tiga kali muncul naib - 2006, 2010 dan 2011.- Bernama

Artikel Berkaitan: