Amanah tidak sedar wujud gerakan guling PM

Mohd Anuar Mohd Tahir
Mohd Anuar Mohd Tahir
A
A
A

PUTRAJAYA - Amanah tidak menyedari dakwaan wujud gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada kerusi itu.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, perkara itu diluar pengetahuannya.

"Saya berada di kerusi ini (Setiausaha Agong) yang sentiasa bergerak aktif, tentulah maklumat besar sebegini tidak akan terlepas (daripada pengetahuannya)," katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, beliau menganggap dakwaan tersebut adalah spekulasi.

"Yang susahnya dalam politik Malaysia ini penuh dengan spekulasi.

"Kita tidak tahu samada boleh mempercayainya atau tidak," katanya.

Menurutnya, berita sebegitu akan mengganggu kepercayaan rakyat dan keyakinan pelabur asing terhadap kerajaan.

"Kita lihat sejak PH mengambil alih kerajaan kleloptokrasi dan menstabilkan semula ekonomi negara, pelabur mula menaruh kepercayaan kembali," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan wujud gerakan awal untuk menggulingkan Mahathir oleh pihak yang kecewa tidak diberi jawatan dalam pentadbiran Persekutuan.

Sebelum itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Johari Abdul dilapor mengkritik pentadbiran Mahathir yang didakwa tiada hala tuju, tidak tahu berbuat apa-apa melainkan menghabiskan masa ke luar negara.