Kerajaan pastikan kadar tambang munasabah e-hailing

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (berdiri empat, kanan) bergambar bersama para penerima lesen Orang Kurang Upaya (OKU) pada Majlis Penyerahan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) kepada Pemandu E-hailing Kategori OKU di First Avenue, Petaling Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (berdiri empat, kanan) bergambar bersama para penerima lesen Orang Kurang Upaya (OKU) pada Majlis Penyerahan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) kepada Pemandu E-hailing Kategori OKU di First Avenue, Petaling Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

PETALING JAYA - Kerajaan akan pastikan kadar tambang e-hailing akan kekal munsabah, sekalipun beberapa persatuan e-hailing mendakwa kadar itu akan naik sebaik saja tempoh bagi pemandu e-hailing memohon lesen PSV berakhir pada Jumaat ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dakwaan itu hanya spekulasi dan kementeriannya, bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan bekerjasama rapat dengan pengusaha e-hailing (eHO) bagi memantau kadar tambang dari masa ke masa.

"Ini semua spekulasi, tapi kami akan memerhati kemajuan di beberapa negara lain.

"Kita akan memerhati perkembangan dan perubahan di sekeliling kita,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan lesen PSV kepada beberapa pemandu cacat di sini hari ini.

Anthony seterusnya berkata, kerajaan bagaimanapun tidak akan mencampuri pasaran e-hailing oleh kerana peranan kerajaan hanyalah untuk memantau dan memastikan kadar tambang kekal munasabah.

Presiden Malaysia E-hailing Drivers Association (Mehda), Daryl Chong memberitahu harian tempatan berikutan penguatkuasaan syarat lesen PSV, pemandu sambilan perkhidmatan itu akan berkurangan.

Sempena majlis penyerahan lesen PSV kepada pemandu e-hailing kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) hari ini, seramai 209 daripada 367 orang pemandu telah berjaya dalam sesi ujian teori yang dijalankan pada 1 Julai lalu. Mereka merupakan pemandu Grab, DACSEE, EzCAB dan MyCar.

Anthony berkata, kejayaan pemandu e-hailing OKU itu membuktikan kelainan upaya bukanlah satu penghalang sebaliknya merupakan satu motivasi dan pemangkin semangat untuk terus berjaya.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, pihak kerajaan amat berharap agar semua pemandu e-hailing mengambil perhatian serius untuk mendapatkan lesen PSV bagi mengelak daripada diambil tindakan setelah penguatkusaan dilaksanakan,” tambahnya. - Bernama