Sudah tiba masa Melayu bersatu demi Islam

Laporan Sinar Harian 9 Julai - Gambar kecil: Abdul Rahman
Laporan Sinar Harian 9 Julai - Gambar kecil: Abdul Rahman
A
A
A

KUANTAN - Masa untuk orang Melayu bersatu telah tiba tanpa mengira latar belakang parti kerana penyatuan penting untuk mencorak kehidupan mengikut saranan Islam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, syarak mementingkan umatnya bersatu dan menjauhi perpecahan.

"Sudah sampai masa untuk orang Melayu bersatu dalam apa jua parti demi mengembalikan kekuatan Islam.

"Saya amat bersetuju dengan saranan PM dan jangan fikir Pas atau UMNO bersatu tetapi semua untuk kembalikan kekuasaan Islam di negara ini," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan Perdana Menteri yang mencadangkan penyatuan Melayu dalam konteks gabungan politik.

ARTIKEL BERKAITAN: Melayu berpecah macam mana nak menang?

Abdul Rahman berkata, kekuasaan di tangan Melayu harus dikembalikan kerana Malaysia tidak akan aman di tangan orang lain.

"Seruan PM (Perdana Menteri) amat baik. ALLAH suruh kita bersatu tambahan pula ini negara Islam.

Artikel Berkaitan:

"Orang bukan Islam pun boleh hidup aman damai dan jika di tangan pihak lain negara tidak akan aman," katanya.