Hana Azraa dedah dalam proses cerai dengan PU Abu

Hana Azraa dan PU Abu
Hana Azraa dan PU Abu
A
A
A

KU sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dapat disimpulkan mengenai perkahwinan kedua pendakwah bebas ini.

Biarpun bukan bergelar selebriti, namun kisah rumah tangga membabitkan pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokthar Rozaidi kembali menjadi perhatian umum.

Ini berikutan pendedahan yang dibuat isteri baharunya, Hana Azraa kepada mStar Online, sebentar tadi.

Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan PU Abu sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi tinggal bersama.

"Saya dan Abu kini dalam proses penceraian. Kami juga sudah tidak lagi tinggal bersama kerana saya kini berada di Kedah dan dia di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: PU pilih janda, cerai isteri sedang hamil

Ayah mohon maaf...: PU Abu

Cerai isteri sarat hamil: PU Abu mohon maaf

Artikel Berkaitan:

"Saya berkongsi perkara ini kerana tidak mahu mengundang salah faham lagi di kalangan netizen.

"Hubungan saya dan Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah," katanya.

Hana dan Abu mendirikan rumah tangga sekitar awal Mei lalu.

Perkahwinan mereka hangat diperkatakan netizen setelah bekas isteri PU Abu, Ain 'Afini mendedahkan dia ditinggalkan pendakwah muda itu selepas Abu mahu menikahi Hana.

Lebih menyedihkan, Ain 'Afini ketika itu sedang hamil anak sulungnya dengan Abu, iaitu Muhammad Adam Aysar yang selamat dilahirkan pada 7 Jun lalu.