Bersih 30 tan sampah

Gunarajah (lima, kanan) bersama peserta yang menyertai gotong-royong sempena Operasi Wabak Denggi di Pangsapuri Idaman, hari ini.
Gunarajah (lima, kanan) bersama peserta yang menyertai gotong-royong sempena Operasi Wabak Denggi di Pangsapuri Idaman, hari ini.
A
A
A
KLANG – Kira-kira 30 tan sampah berjaya dibersihkan hasil kerjasama semua pihak dalam gotong-royong sempena Operasi Wabak Denggi di Pangsapuri Idaman, di Taman Sentosa, di sini, hari ini.

Adun Sentosa. G. Gunarajah berkata, gotong-royong itu dijalankan untuk membersihkan rumah kosong dan kawasan yang dijadikan tempat pembuangan sampah yang mengundang kepada pembiakan nyamuk aedes.

“Seperti sedia maklum, kawasan ini antara ‘hot spot’ denggi paling tinggi di Dun Sentosa. Jadi, hari ini, kita bersama beberapa agensi terlibat seperti Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Rela dan badan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk turun padang membersihkan kawasan ini.

“Hasilnya kira-kira 30 tan sampah sarap yang dibuang di rumah-rumah kosong serta kawasan sekitar berjaya dikutip serta dibersihkan selain menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar pangsapuri ini,” katanya pada sidang media selepas gotong-royong sempena Operasi Wabak Denggi, pagi tadi.

Kira-kira 150 orang menyertai gotong-royong berkenaan.

Menurut beliau, program itu bagi memupuk kesedaran masyarakat setempat supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga kebersihan kawasan sekitar rumah bagi membendung penularan wabak denggi daripada merebak.

“Semua pihak termasuk penduduk setempat perlu mempunyai tahap kesedaran tinggi dan sentiasa memberi perhatian serius terhadap bahaya wabak denggi,” katanya.

Kata Gunarajah, pihaknya akan mengadakan program ‘Clean and Green’ di setiap kawasan di Dun Sentosa bagi memastikan ia bebas daripada wabak denggi.

“Aktiviti seumpama itu harus dilakukan secara kerap sebagai langkah pencegahan proaktif bagi mengelak peningkatan penularan wabak denggi, selain menyedarkan masyarakat terhadap bahaya denggi.
Artikel Berkaitan:


“Kita akan mengenal pasti lokasi lain yang memerlukan operasi kebersihan secara gotong-royong walaupun dilihat tidak berisiko tinggi penularan wabak terbabit.

"Sekurang-kurangnya dengan cara ini kita dapat mewujudkan kawasan zon bersih di persekitaran kawasan ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau akan mengadakan perbincangan bersama penduduk untuk menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk mengatasi masalah pembuangan sampah serta penularan wabak denggi di kawasan berkenaan.

“Ini penting bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih, selamat serta bebas wabak denggi,” katanya.