RM1.8 juta hasil laut dirampas: Jabatan Perikanan Perak

Bot pukat tunda yang dikendalikan kru warga thailand ditahan selepas didapati melanggar syarat sah lesen di Sitiawan.
Bot pukat tunda yang dikendalikan kru warga thailand ditahan selepas didapati melanggar syarat sah lesen di Sitiawan.
A
A
A

SITIAWAN - Jabatan Perikanan Perak menahan tiga bot pukat tunda yang berpengkalan di Pantai Remis di tiga lokasi berasingan di sekitar Pulau Talang di sini semalam.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata, sebanyak lebih 200 kilogram (kg) hasil tangkapan laut dengan nilai keseluruhan RM1.8 juta turut dirampas.

Menurutnya, kesemua bot ditahan di kedudukan sekitar 10 batu nautika dari Pulau Talang pada jam antara 9.30 pagi hingga 11 pagi itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga bot tunda Zon C berkenaan telah melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiga pekerja terbabit tidak mempunyai permit penangkapan ikan nelayan asing.

"Sembilan kru warga Thailand yang berusia antara 26 hingga 66 tahun turut ditahan.

"Bagaimanapun kesemua kru bot telah dijamin oleh majikan masing- masing," katanya.

Katanya, kesemua bot ditunda ke Jeti Cawangan Perlindungan Sumber Kampung Acheh untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Artikel Berkaitan: