Pecah amanah: Polis tahan bekas pekerja Sajat

Sajat memuat naik gambar berserta kapsyen di laman Instagramnya dipercayai berkaitan penahanan bekas pekerjanya, baru-baru ini.
Sajat memuat naik gambar berserta kapsyen di laman Instagramnya dipercayai berkaitan penahanan bekas pekerjanya, baru-baru ini.
A
A
A

POLIS menahan seorang bekas pekerja kepada usahawan kosmetik, Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 34, dipercayai bagi membantu siasatan pecah amanah RM1 juta milik syarikat usahawan tersebut.

Difahamkan, penahanan suspek wanita berusia 39 tahun itu dilakukan di sekitar Lembah Klang, semalam.

Susulan itu, polis turut mengambil keterangan daripada Nur Sajat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Baharudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut penahanan itu kerana siasatan masih dijalankan pihaknya.

Semalam, Nur Sajat menerusi laman sosial Instagramnya memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen "tertangkap jua akhirnya... selepas setahun berlalu...wait and see kebenaran pasti terjawab...."

Tiga jam kemudian, Nur Sajat turut memuat naik gambar papan tanda Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Shah Alam dengan kapsyen "Masih di sini.... bagi statement uols!!!!".

Artikel Berkaitan: