Kabinet belum buat keputusan ambil alih Lebuh Raya Gamuda

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berdialog bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Industri pada Persidangan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Sesi Dialog Bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Industri hari ini. -Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Kabinet belum membuat keputusan muktamad berhubung pengambilalihan konsesi tol empat lebuh raya Gamuda Bhd, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Belum buat, belum buat lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kabinet telah membuat keputusan berhubung pengambilalihan berkenaan.

Pada 23 Februari lepas, Dr Mahathir mengumumkan cadangan pengambilalihan keempat-empat konsesi lebuh raya berkenaan.

Lebuh raya tersebut ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan pada 21 Jun telah mengemukakan tawaran bersyarat, tertakluk kepada kelulusan Kabinet, untuk mengambil alih empat lebuh raya itu dengan kos RM6.2 bilion. - Bernama

Artikel Berkaitan: