X

Kindly register in order to view this article
!

Semua PBT Selangor terima penarafan lima bintang

Kesemua Yang Dipertua serta Datuk Bandar PBT bergambar bersama Ng Sze Han selepas Majlis Penghargaan kepada PBT di Foyer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
A
A

SHAH ALAM - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini memperoleh penarafan lima bintang dalam sijil penarafan bintang yang dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru Ng Sze Han berkata penarafan diberikan berdasarkan markah yang diperoleh melalui penilaian yang dijalankan.

"Pencapaian cemerlang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) kali ini menyaksikan penganugerahan sijil penarafan bintang kepada PBT-PBT di Selangor bagi penilaian tahun 2018.

"SPB-PBT yang dahulunya dikenali sebagai Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-57 yang telah diadakan pada 2 Oktober 2007 untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT di seluruh negara," katanya.

Ng Sze Han beramah mesra bersama Yang Dipertua dan Datuk Bandar serta wakil PBT yang menerima sijil pada Majlis Penghargaan kepada PBT.
Ng Sze Han beramah mesra bersama Yang Dipertua dan Datuk Bandar serta wakil PBT yang menerima sijil pada Majlis Penghargaan kepada PBT.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan di Foyer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Katanya, melalui penilaian tersebut, PBT akan diletakkan pada suatu tahap kedudukan bintang yang sesuai berdasarkan markah yang diperoleh.

"Penilaian ini bertujuan untuk mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan prestasi melalui persaingan sihat dalam kalangan PBT.

"Selain itu, penilaian ini juga membantu PBT supaya sentiasa berusaha untuk memantapkan tadbir urus dan sistem perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat serta pelanggan," katanya.

Menurutnya, penarafan lima bintang akan diberi kepada PBT yang mencapai markah 90 peratus ke atas. Lebih membanggakan Selangor merupakan satu-satunya negeri yang mendapat 5 bintang bagi kesemua 12 PBT.

"Ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik berbanding penilaian tahun 2016 lalu dengan 10 PBT mendapat penarafan 5 bintang manakala dua PBT mendapat penarafan 4 bintang.

"Ia sekaligus membuktikan terdapatnya usaha di semua PBT dalam mengekalkan kecemerlangan serta usaha dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Ng Sze Han
Ng Sze Han

#SemuaPBTSelangorterimapenarafanlimabintang #SinarHarianSelangorKL SHAH ALAM - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini memperoleh penarafan lima bintang dalam sijil penarafan bintang yang dijalankan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru Ng Sze Han berkata penarafan diberikan berdasarkan markah yang diperoleh melalui penilaian yang dijalankan. "Pencapaian cemerlang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) kali ini menyaksikan penganugerahan sijil penarafan bintang kepada PBT-PBT di Selangor bagi penilaian tahun 2018. "SPB-PBT yang dahulunya dikenali sebagai Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-57 yang telah diadakan pada 2 Oktober 2007 untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT di seluruh negara," katanya. Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/36668/EDISI/Selangor-KL/Semua-PBT-Selangor-terima-penarafan-lima-bintang LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, July 9, 2019


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus