MBFM gesa anugerah Ikon Felda Chef Wan ditarik balik

Muhammad Fadzli
Muhammad Fadzli
A
A
A

KOTA TINGGI - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menggesa Anugerah Ikon Felda 2019 yang diberikan kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada sambutan Hari Peneroka, 7 Julai lalu ditarik balik.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzli Hasan berkata, MBFM kesal dengan tindakan biadab Chef Wan mengkritik warga Felda dan tindakan itu tidak dapat dimaafkan kerana ia melibatkan maruah peneroka Felda.

Menurutnya, permohonan maaf secara terbuka juga harus dibuat beliau kepada seluruh peneroka Felda serta generasi baharu Felda di atas penghinaan dilakukan.

"Banyak lagi perkara baik tentang Felda boleh diperkatakan seperti Felda menjadi contoh kepada komuniti luar bandar, kejayaan anak Felda dalam pelbagai bidang dan sebagainya.

"Seharusnya Chef Wan perlu lebih peka untuk menjaga sensitiviti 112,635 peneroka seluruh negara kerana mereka banyak menyumbang kepada kejayaan Felda yang kini telah berusia 63 tahun," katanya dalam satu kenyataan.

Chef Wan yang baru dinobatkan sebagai Tokoh Ikon Felda 2019 menimbulkan polemik panas apabila beliau menyifatkan golongan peneroka Felda malas bekerja untuk memajukan tanah Felda, sebaliknya hanya berharap sepenuhnya kepada bantuan yang diberikan kerajaan.

"Kita turut mempersoalkan bagaimana tatacara pemilihan dan atas kapasiti apa Chef Wan diangkat sebagai ikon Felda?," tegasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Fadzli berkata, MBFM turut mempertikai pemilihan Chef Wan menerima anugerah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Pemilihan ini dianggap tidak menyebelahi warga Felda khususnya Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang terdiri daripada ketua-ketua peneroka, Pengerusi GPW, MBFM dan Kami Anak Felda (KAF) apabila perbincangan ini tidak diadakan secara bersama untuk menentukan siapa yang lebih layak untuk menerima anugerah tersebut.

"Adakah Felda membangun dengan idea sentuhan Chef Wan? Sedangkan ramai lagi generasi Felda yang jauh lebih hebat dari beliau dan turut terlibat secara langsung dalam pembangunan komuniti Felda selama ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Chef Wan dedah Najib minta bantuannya ketika bergelar Perdana Menteri