Kegembiraan terima gaji pertama bertukar tragedi

(Gambar kecil, Farah Liana Safri)
(Gambar kecil, Farah Liana Safri)
A
A
A

JERANTUT- Allahyarham Farah Liana Safri,27, dilihat teruja mendapat gaji pertama sebelum terbunuh dalam tragedi dihempap sebatang pokok ketika menaiki kereta di hadapan Masjid Kampung Lata Kasah di sini.

Ayah tiri mangsa, Izzuddin Ismail, 65 memberitahu, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum keluar bersama kakaknya, Nurul Azwana Safri, 31 ke pusat bandar Jerantut bersama kereta Perodua Viva yang dipandu kakaknya.

"Arwah kelihatan ceria dan ingin pergi ke bandar membeli barang keperluan peribadinya selain mahu belanja kakaknya makan.

"Arwah seorang anak yang ceria dan amat disenangi keluarga dan rakan-rakan.

"Kami sekeluarga reda dengan kehilangan ini walaupun sedih memandangkan arwah amat rapat dengan kami semua," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, mangsa yang baru sebulan bertugas di Jabatan Perangkaan Bentong itu terbunuh selepas sebatang pokok menimpa kenderaaan terbabit di hadapan Masjid Kampung Lata Kasah di sini manakala kakaknya cedera dalam kejadian tersebut.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang wanita terbunuh, kereta dihempap pokok

Artikel Berkaitan: