Ribut kuat ancam nyawa!

No Image Caption
A
A
A

PENDANG - Sepasang suami isteri warga emas berdepan detik cemas setelah kediaman mereka di Kampung Banggol Besi, dilanda ribut kuat semalam.

Ketika kejadian, Mohamad Isa Abdul Rahman, 85 dan isterinya Rokiah Mat Alias, 81 sedang mengambil wuduk di hadapan rumah untuk menunaikan solat maghrib.

Anggota APM sedang membersihkan pokok yang tumbang di hadapan rumah mangsa
Anggota APM sedang membersihkan pokok yang tumbang di hadapan rumah mangsa

Menurut cucu mereka, Mohamad 'Izzulharith Abdul Manaf, 25, ribut kuat itu tiba-tiba datang membadai rumah dan nyaris meragut nyawa mereka.

"Ketika datuk dan nenek tengah ambil air sembahyang, tiba-tiba angin mai kuat.

"Kali pertama, ribut itu terbangkan atap depan rumah. Kali kedua, ribut itu menyebabkan pokok di hadapan rumah tumbang.

"Mujur tak kena datuk dan nenek kalau tak saya tak boleh bayang apa akan terjadi sebab depa dua bukan larat sangat nak bergerak," ujarnya yang mengalami kerugian sebanyak RM3,000.

Artikel Berkaitan:

Keadaan rumah mangsa.
Keadaan rumah mangsa.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Lt (PA) Muhd Fairus Rosdi berkata pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

Anggota APM telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan mengalihkan pokok yang tumbang.

"Insya-ALLAH kita akan pastikan rumah mangsa bersih sepenuhnya memandangkan hanya sebuah rumah ini sahaja terjejas ekoran kejadian ribut kali ini," katanya.