Jangan duduk atas bantal elak bisul?

A
A

BISUL yang tumbuh di permukaan kulit yang sensitif amat menyakitkan terutamanya sebelum ia mula bernanah. Sakitnya amat perit.

Bisul merupakan benjolan pada bahagian kulit yang mengandungi nanah. Penyakit itu berlaku disebabkan jangkitan kuman pada liang roma yang tersumbat.

BISUL tumbuh pada bahagian mempunyai bulu.
BISUL tumbuh pada bahagian mempunyai bulu.

Tempat yang biasa timbul bisul:

- Tumbuh pada mana-mana bahagian badan.

- Selalu timbul pada bahagian belakang badan, dada dan pinggul.

- Turut boleh tumbuh pada bahagian mempunyai bulu seperti ketiak dan kemaluan.

Penyakit ini tidak berbahaya dan akan baik dengan sendirinya. Antibiotik krim yang didapati di farmasi boleh merawat masalah tersebut jika ia tidak terlalu serius.

Jika terlalu besar prosedur untuk mengeluarkan nanah daripada kawasan yang dijangkiti.

Punca bisul

1. Jangkitan bakteria

Bakteria staphylococcus paling selalu menyebabkan masalah ini. Risiko anda untuk menghadapi masalah ini akan lebih jika anda:

- Berada bersama dengan mereka yang mempunyai masalah ini

- Penyakit kulit yang kronik seperti ekzema dan jerawat

- Kencing manis

- Pesakit yang mengalami fungsi imun sistem yang kurang seperti mereka yang mengalami jangkitan HIV

- Mereka yang tidak mengamalkan kebersihan

2. Jangkitan folikel
Folikel adalah kawasan tumbuhnya bulu ataupun rambut. Ia boleh terjadi selepas mencukur bulu yang akan mendedahkan kuman di atas kulit untuk masuk kawasan tersebut.

Situasi yang perlukan anda berjumpa doktor apabila:

- Pesakit adalah kanak-kanak

- Umur anda lebih dari 65 tahun

- Anda mempunyai sistem imun yang lemah sebagai contoh mereka yang mempunyai HIV dan kanser

- Baru sahaja menjalani kemoterapi

- Bisul terletak pada bahagian muka dan tulang belakang

- Bisul tersebut terlalu besar

- Bisu tersebut tidak baik selepas seminggu

- Kawasan di sekeliling bisul menjadi sangat merah dan sakit.

Kalau orang tua dulu-dulu biasa kita dengar mereka berpesan, 'jangan duduk atas bantal untuk elak bisul'. Tapi adakah itu sebab utama bisul?

Ini cara untuk mengelak timbul bisul:

- Selalu membasuh tangan anda

- Basuh dengan bersih kawasan luka walaupun luka tersebut kecil

- Elakkan berkongsi barang terutamanya tuala, pencukur,baju dan juga alat kosmetik

- Jika anda mempunyai luka, sentiasa basuh tuala anda dengan bersih.

Sumber: TheDiagnosa


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia