Trump enggan berurusan dengan duta Britain di AS

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata tidak lagi akan berurusan dengan duta Britain di Washington, Sir Kim Darroch susulan kritikan terhadap beliau dan pentadbirannya.

Berang dengan kebocoran e-mel sulit kepada akhbar The Mail pada Ahad lalu di mana Darroch menyifatkan dirinya tidak cekap dan Rumah Putih sebagai 'tidak berfungsi', pemimpin AS itu mengisytiharkan tidak lagi akan berurusan dengan duta berkenaan.

"Saya tidak mengenali duta tersebut namun beliau tidak disukai atau diingati di AS," kata Trump.

Trump turut melepaskan kemarahan terhadap Perdana Menteri Britain Theresa May ekoran sokongannya terhadap Darroch selain mengutuk cara May mengendalikan rundingan Brexit.

"Lihat huru-hara yang dicetuskan May dan wakilnya.Saya memberitahu May bagaimana hal itu harus ditangani namun beliau melakukannya dengan cara lain.

"Berita baik untuk Britain, mereka bakal mendapat Perdana Menteri baharu tidak lama lagi," tulis Trump di laman Twitter.

Sementara itu, pejabat May menyifatkan kebocoran itu sebagai 'tidak boleh diterima' namun berkata perdana menteri berkenaan mempunyai kepercayaan penuh terhadap dutanya di Washington.

Pegawai Britain mempertahankan Darroch dengan mengatakan beliau menjalankan tugasnya memberikan maklumat jujur berhubung perkembangan di Washington.

Artikel Berkaitan:

"Kami telah menjelaskan kepada AS tentang kebocoran tersebut.Pada masa sama kami menggariskan kepentingan duta untuk memberikan penilaian jujur berhubung politik di negara mereka," kata seorang jurucakap kerajaan Britain.

Dalam pada itu, insiden terbabit dilihat mengancam usaha London untuk mengadakan perjanjian dagangan baharu dengan AS dalam usaha mengurangkan potensi kerosakan berikutan penarikan diri Britain daripada Kesatuan Eropah. - AFP