115 tan kayu getah dirampas

Sebahagian lori muatan getah tanpa pas dan lebih muatan dirampas dalam Ops Selatan di Pokok Sena, semalam.
Sebahagian lori muatan getah tanpa pas dan lebih muatan dirampas dalam Ops Selatan di Pokok Sena, semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Kedah merampas kira-kira 115 tan kayu getah dianggarkan bernilai RM50,000 dalam Operasi Penguatkuasaan Hutan di Pokok Sena, di sini, semalam.

Pengarah Perhutanan Kedah, Roslan Rani berkata, muatan kayu getah tidak dibayar cukai itu dirampas dalam Ops Selatan selama dua hari bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, operasi dilaksana demi mengesan kesalahan lori atas transit terutamanya yang membawa hasil hutan, kilang-kilang kayu dan semakan kawasan hotspot kesalahan hutan.

"Melalui operasi, sebanyak 27 buah lori muatan kayu getah dikesan melakukan kesalahan, iaitu membawa hasil hutan tanpa pas pemindah dan gagal mengemukakan pas pemindah semasa pemeriksaan dilakukan.

"Kita menganggarkan lebih kurang 115 tan kayu getah tidak dibayar cukai dengan melibatkan nilai kerugian kira-kira RM 50,000," katanya.

Jabatan Perhutanan Kedah bersama PDRM dan JPJ Kedah mengesan lori mengesan lori muatan getah melakukan kesalahan dalam Operasi Penguatkuasaan Hutan di Pokok Sena, semalam.
Jabatan Perhutanan Kedah bersama PDRM dan JPJ Kedah mengesan lori mengesan lori muatan getah melakukan kesalahan dalam Operasi Penguatkuasaan Hutan di Pokok Sena, semalam.

Susulan itu, katanya, pihaknya merampas dan menyita kesemua 27 lori dan muatan kayu getah telah disita dan dirampas bagi tujuan Siasatan Lanjut Jabatan Perhutanan Kedah.

Menurut beliau, kes berkenaan akan disiasat dibawah Seksyen 68(1) dan 68(2) Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985.

Artikel Berkaitan:

"Jabatan Perhutanan Kedah amat komited dan memandang serius berkaitan jenayah hutan terutamanya muatan hasil hutan yang menyalahi undang-undang.|"katanya.

Katanya, pihaknya bukan hanya memandang membawa muatan tanpa pas pemindah dan lebih muatan tetapi perkara ini turut dilihat boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"Justeru, kita juga mengharapkan kerja sama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berhubung kesalahan hutan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Roslan berkata, pihaknya difahamkan beberapa atas kesalahan membawa muatan melebihi had dan beberapa kesalahan trafik lain turut dikeluarkan PDRM dan JPJ.