Tiga pelajar maut kemalangan

Motosikal mangsa yang remuk akibat kemalangan terbabit malam tadi.
Motosikal mangsa yang remuk akibat kemalangan terbabit malam tadi.
A
A
A

TANAH MERAH - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan motosikal di Jalan Bukit Mas- Bukit Panau di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu dipercayai melibatkan pelajar berusia antara 14 hingga 17 tahun, yang masing-masingnya menunggang motosikal.

Muhammad Danial Adam Che Hasim, 17,Abdul Rahman Abdullah, 16 dan Muhammad Nasrun Al Hakim Norl, 14, kesemuanya maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, ketiga-ketiga pelajar berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Bukit Mas menghala ke Bukit Panau.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mereka telah berlanggar sesama sendiri dan terbabas ke kiri dan juga ke kanan jalan.

"Akibat kejadian itu, kesemuanya meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat,"katanya.

Suzaimi berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati sistem jalan dua hala dan satu lorong menghala ke Bukit Panau manakala satu lorong menghala ke Bukit Mas.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan kes disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Suzaimi menasihatkan agar ibu bapa memberi perhatian serius terhadap kes seumpama ini dan memantau pergerakan anak-anak mereka terutama melibatkan golongan pelajar.