KRT perlu kreatif rancang aktiviti

Burhanuddin( berdiri, empat dari kanan) selepas sempurnakan Majlis Perasmian Projek Ekonomi KRT Kampung Gunung, di Hulu Terengganu.
Burhanuddin( berdiri, empat dari kanan) selepas sempurnakan Majlis Perasmian Projek Ekonomi KRT Kampung Gunung, di Hulu Terengganu.
A
A
A

HULU TERENGGANU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diharapkan lebih kreatif bagi merancang dan melaksanakan aktiviti bersesuaian termasuk yang berimpak tinggi untuk komuniti di kawasan masing-masing.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu, Burhanuddin Daud berkata faktor kewangan bukan alasan untuk tidak melaksanakan sebarang aktiviti di kawasan KRT.

"Tidak dinafikan ada sesetengah KRT bagaikan patah semangat, beranggapan tiada duit tidak boleh buat aktiviti. Sebenarnya persepsi ini kurang tepat dan di sinilah kemuafakatan memainkan peranan penting.

"Ada satu kawasan KRT saya pergi sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini, segala menu atau juadah didatangkan oleh setiap rumah yang ada di komuniti tersebut atau dipanggil secara 'portluck'. Penganjur hanya sediakan air sahaja.

"Bermakna di sini, selain perpaduan dan kemuafakatan elemen kreatif juga membantu sesebuah KRT laksanakan program untuk komuniti mereka. Tanpa perbelanjaan besar sesuatu program atau aktiviti masih boleh dilaksanakan.

"Tidak perlu bergantung kepada duit peruntukan kerajaan semata-mata untuk beraktiviti. Kita harap KRT dapat rancang aktiviti yang bersesuaian serta berimpak tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Ekonomi KRT Kampung Gunung, di sini, kelmarin bagi mewakili Ketua Pengarah, Datuk Baharin Idris.

Dalam perkembangan berkaitan Burhanuddin memaklumkan terdapat tujuh projek ekonomi KRT di Terengganu setakat ini yang bertujuan bagi pembangunan ekonomi, tingkatkan daya saing serta semangat keusahawanan.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, antaranya ialah di KRT Jerangau Barat bagi projek tanaman pisang, KRT Losong Panglima Perang melibatkan cili, KRT Telaga Batin(cili, bendi dan timun), KRT Kayu Kelat bagi ternakan madu lebah serta KRT Alur Ketitir untuk projek ternakan lembu sado.