Mekanik pukul isteri sarat mengandung dengan penyapu

Mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan kini dirawat di Hospital Umum Miri.
Mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan kini dirawat di Hospital Umum Miri.
A
A
A

MIRI - Gara-gara permintaan RM200 ditolak, seorang lelaki sanggup memukul isterinya yang sarat mengandung sehingga mengalami pendarahan di Kuala Baram di sini pada Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4, mangsa berusia 38 tahun itu dipukul menggunakan tangan dan penyapu oleh suaminya selepas enggan memberi RM200.

Menurut sumber, mangsa enggan memberikan duit yang diminta atas alasan duit tersebut adalah untuk persediaannya masuk hospital sewaktu bersalin kelak.

Lantaran permintaannya ditolak, suspek yang bekerja sebagai mekanik di sebuah kilang kemudiannya bertindak agresif dengan memukul si mangsa yang sarat mengandung.

Mangsa kemudian menghantar mesej kepada adik iparnya mengenai kejadian itu untuk memaklumkan dia mengalami kecederaan di bahagian muka, kaki dan pendarahan.

Adik ipar mangsa kemudian membuat laporan kes tersebut di balai polis di sini semalam untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa kini dilaporkan telah menerima rawatan di Hospital Umum Miri. - Suara Sarawak

Artikel Berkaitan: