100 penoreh terima bantuan

Muhammad Hishamudin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk dalam program tersebut.
Muhammad Hishamudin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk dalam program tersebut.
A
A
A

SIK - Seramai 100 asnaf yang dihimpit dengan kos sara hidup menerima bantuan Skuad Kebajikan dan Amal Masjid Tn Hj Mohd Desa, Bukit Minyak dan Geng Talaqqi Resources di Balai Islam Tanjung Belit, semalam.

Program dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sik itu menyalurkan bantuan beras dan barangan dapur kepada penduduk Kampung Bandar Hilir, Kampung Kerawai, Kampung Betong, Kampung Tanjung Belit, Kampung Charok Puyoh, Kampung Belimbing dan Kampung Bunga.

Setiausaha Masjid Tn Hj Mohd Desa, Muhamad Hishamudin Hashim berkata, pihaknya terpanggil menyampaikan sumbangan dalam Parlimen Sik di DUN Jeneri dan Belantik selepas mendapati penoreh terhimpit dengan keadaan harga getah yang masih rendah.

"Setiap penerima menerima sekampit beras dan sebungkus barangan dapur. Diharapkan bantuan seperti ini tidak putus-putus datang ke dalam kawasan perkampungan seperti ini.

"Mereka sebagai penoreh getah amat memerlukan bantuan dan sumbangan semua pihak.

Beliau berkata, mereka berminat untuk menyumbangkan sebahagian rezeki kepada Masjid Tuan Haji Mohd Desa bolehlah salurkan pada akaun Maybank 5573 0850 6487.

Artikel Berkaitan: