Hubungan sudah pulih, Amy dan Nabila cuti bersama

Nabila Huda dan Amy
Nabila Huda dan Amy
A
A
A

PELAKON dan pengacara Muzikal Lawak Superstar, Nabila Huda kini sedang bercuti bersama keluarga bapanya, Amy Search di Bali, Indonesia.

Ia dikongsi sendiri oleh Nabila dan Amy menerusi akaun Instagram (IG) masing-masing.

Menerusi perkongsian itu, mereka memuat naik foto dan video ketika bercuti di sana. Jelas kelihatan hubungan antara mereka benar-benar sudah pulih.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Foto dan video itu mendapat perhatian peminat mereka yang rata-rata gembira dan bersyukur melihat silaturahim mereka sekeluarga utuh kembali.

Malah perkongsian itu turut menarik perhatian rakan artis seperti Erma Fatima, Janna Nick, Shanaaz Ahmad, Catriona Brian Ross, Nad Zainal dan ramai lagi dan rata-rata gembira melihat perkembangan itu.

Antara yang menarik foto yang dikongsikan oleh Amy ketika sedang menikmati kopi bersama suami Nabila, Mohd Izwan Johar atau Bert dengan meninggalkan kapsyen.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Bicara kopi bersama menantu kesayangan aku Bert," tulis Amy.

Manakala dengan latarbelakang dan situasi yang sama, Nabila turut meninggalkan kapsyen.

"Lelaki Teragung, kau lah kekasih Di dunia dan di syurga," tulisnya Nabila @Kupu-Kupu.

No Image Caption

Terdahulu, tercetusnya kekecohan antara Nabila dan ibu tirinya, Norish berikutan perkongsian ucapan Hari Bapa yang dibuat pelakon terbabit kepada Amy di IG.

Norish didakwa membalas status berkenaan dengan mendakwa, Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa.

Ia menimbulkan kemarahan Nabila yang menganggap Nourish konon sengaja mencari alasan untuk berbalah.

Namun mereka akhirnya berdamai selepas Nabila dan suami sendiri berjump bapa dan ibu tirinya di rumah pada pertengah Syawal lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak Nabila ke rumah Amy, netizen puji Erma Fatima

Beginilah drama dalam hidup saya: Nabila Huda