Kedah jual 20,000 tiket final 23 Julai ini

Maksimum tiga keping tiket ditetapkan bagi setiap pembelian secara individu dengan nilai RM50 setiap satu keping.
Maksimum tiga keping tiket ditetapkan bagi setiap pembelian secara individu dengan nilai RM50 setiap satu keping.
A
A
A

SEBANYAK 20,000 keping tiket Final Piala FA 2019 akan dijual di kaunter tiket Stadium Darul Aman pada 23 Julai bermula jam 10.30 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket & Pintu Masuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Jusri Anuar Jamarudin berkata, tiket itu adalah agihan dari jumlah 30,000 tiket yang diperuntukkan oleh Malaysian Football League (MFL).

Menurutnya, 10,000 keping lagi dikhaskan kepada kenamaan, pembesar negeri, penaja-penaja, ahli eksekutif, ahli gabungan dan pasukan-pasukan di bawah KFA.

"Mesyuarat agihan tiket ini yang dipengerusikan Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris ini adalah inisiatif awal bagi memastikan kelancaran dan menambahbaik proses jualan tiket.

"Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan jualan tiket di kaunter, melancarkan urusan jualan, memberi kemudahan kepada rombongan bas, van dan lain-lain hal yang telah dikenal pasti selain bersikap lebih telus kepada seluruh penyokong Skuad Lang Merah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jusri Anuar berkata, maksimum tiga keping tiket ditetapkan bagi setiap pembelian secara individu dengan nilai RM50 setiap satu keping.

"Manakala sebanyak 750 keping tiket kanak-kanak berumur bawah 12 tahun pula dijual dengan harga RM5," katanya.

Artikel Berkaitan: