Antara 10 wanita berpengaruh di Malaysia

No Image Caption
A
A
A
MALAYSIA memiliki ramai wanita hebat, sama ada selebriti, tokoh politik dan ahli perniagaan. Mereka dikenali umum lantaran keperibadian dan juga kejayaan yang dicipta.

Ya, kejayaan mereka boleh dijadikan inspirasi hingga mampu mempengaruhi sekelompok wanita yang mahu mengikut jejak langkah mereka.

Kali ini Femina senaraikan antara 10 wanita yang terkenal dan berpengaruh di negara ini.

1) Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali

No Image Caption

Tarikh lahir: 12 Julai 1926.

Umur: 92 tahun.

Asal: Klang, Selangor

Jawatan: Isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

HASMAH merupakan idola ramai rakyat Malaysia. Umum mengetahui bahawa Hasmah mencintai muzik dan beliau kini masih aktif bermain biola.

Artikel Berkaitan:

2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

No Image Caption

Tarikh lahir: 3 Disember 1952

Umur: 66 tahun

Jawatan: Timbalan Perdana Menteri

BELIAU semakin dikenali seantero dunia apabila bersama-sama berjuang dalam reformasi keadilan buat suaminya.

3) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

No Image Caption

Tarikh lahir: 27 Ogos 1947

Umur: 71 tahun

Asal: Johor Bahru, Johor.

WANITA pertama yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (1 Mei 2000 – 28 April 2016).

Beliau kini ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad.

4) Tan Sri Michelle Yeoh

No Image Caption

Tarikh lahir: 6 Ogos 1962

Umur: 56 tahun

Asal: Ipoh, Perak

PENYANYI dan pelakon yang tinggal di Hong Kong.

Beliau memenangi gelaran Miss Malaysia World 1983.

Dipilih oleh majalah People sebagai salah seorang daripada 50 wanita paling cantik di dunia pada tahun 1997.

Terkenal setelah berlakon filem antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon dan beberapa filem lain.

5) Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin

No Image Caption

Tarikh lahir: 11 Januari 1979

Umur: 40 tahun

Asal: Kampung Awah, Temerloh, Pahang

SITI NURHALIZA masih mengekalkan kedudukannya sebagai penyanyi nombor satu negara.

Beliau juga ialah pengasas jenama alat solek SimplySiti dan Creación by Siti Nurhaliza.

6) Noor Neelofa Mohd Noor

No Image Caption

Tarikh lahir: 10 Februari 1989

Umur: 30 tahun

Asal: Pasir Mas, Kelantan

Beliau ialah pelakon, model, pengacara, duta,jurucakap produk dan ahli perniagaan.

Terkini, beliau menerima pencalonan dalam kategori Usahawan untuk anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.

7) Dr Nur Amalina Che Bakri

No Image Caption

Tarikh lahir: 7 Disember 1987

Umur: 32 tahun

Asal: Kota Bharu, Kelantan

DR AMALINA merupakan pakar pelatih bedah di bahagian surgikal dan trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England.

Beliau membantu proses pembedahan membuang tumor Ainul Mardhiah berusia 10 bulan yang menghidap germ cell tumour di hospital kanak-kanak di London.

8) Datin Vivy Sofinas Yusof

No Image Caption

Tarikh lahir: 11 Disember 1987

Umur: 32 tahun

Asal: Kajang, SelangorVIVY merupakan pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group.

9) Yunalis Mat Zara'ai

No Image Caption

Tarikh lahir: 14 November 1986

Umur: 33 tahun

Asal: Alor Setar, Kedah

Penyanyi bertaraf antarabangsa, pemuzik, komposer dan penulis lirik.

Pernah berkolaborasi bersama penyanyi terkenal seperti Usher, Pharell Williams dan Jhene Aiko.

10) Datuk Nicol Ann David

No Image Caption

Tarikh lahir: 26 Ogos 1983

Umur: 35 tahun

Asal: Pulau Pinang

NICOL merupakan ratu skuasy negara.

Beliau menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam pertandingan skuasy.