Masih ada restoran sediakan straw

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian
A
A
A

SHAH ALAM - Terdapat beberapa restoran di negeri ini yang masih menyediakan straw secara bebas di premis mereka.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, masih segelintir pengusaha restoran dilihat tidak mengikuti sepenuhnya kempen yang dijalankan.

"Biarpun notis diserahkan kepada pengusaha restoran dan kedai makan, namun masih ada yang menyediakan straw minuman plastik secara bebas.

"Ada straw yang diletakkan di depan kaunter yang mana boleh diambil secara mudah oleh pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Katanya, kerajaan negeri menyeru kepada semua pengusaha restoran agar bersama kerajaan negeri bagi menjayakan kempen Bebas Penyedut Minuman Plastik.

"Saya menyeru kepada semua pengusaha restoran atas arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini di mana mereka perlu menyimpan straw minuman ini dan bukannya meletakkan di tempat yang senang diambil oleh pelanggan.

"Kempen berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya untuk mengurangkan plastik sekali guna seperti beg plastik, polistirena, penutup atau pelapis makanan plastik dan bahan-bahan plastik pakai buang," katanya.

Artikel Berkaitan:

#MasihramaitidakikutkempenBebasPenyedutMinumanPlastik #SinarHarianSelangorKL SHAH ALAM-Terdapat beberapa restoran di negeri ini yang masih menyediakan straw secara bebas di premis mereka. Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata masih terdapat beberapa kekurangan yang mana segelintir pengusaha restoran dilihat tidak mengikuti sepenuhnya kempen yang dijalankan ini. "Biarpun notis diserahkan kepada pengusaha restoran dan kedai makan, namun masih ada yang menyediakan straw minuman plastik secara bebas. "Ada straw yang diletakkan di depan kaunter yang mana boleh diambil secara mudah oleh pelanggan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini. LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Monday, July 8, 2019