Bersatu Padang Serai buat laporan polis

Khairul (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat hari ini.
A
A

KULIM - Bersatu Padang Serai hari ini membuat laporan polis berhubung salinan akuan bersumpah palsu yang menggunakan nama presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Bahagian Bersatu Padang Serai, Khairul Anuar Ramli berkata, salinan surat itu didapati diletakkan di Pejabat Bersatu Padang Serai pada jam 2 petang, semalam.

Menurutnya, surat akuan bersumpah itu ternyata palsu selepas mendapat penjelasan daripada Pejabat Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Surat akuan palsu ini berniat jahat memburukkan serta menjatuhkan imej Muhyiddin.

"Dalam masa sama ia boleh mengganggu gugat keharmonian dalam negara," katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu, laporan dibuat bagi menyiasat dalang dan mengheret mereka terlibat ke muka pengadilan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.