X

Kindly register in order to view this article
!

Tabiat merokok penyebab bibir kering, kusam

TERDEDAH pada cuaca panas dan kurang minum air boleh menyebabkan masalah kulit bibir kering dan pecah.
A
A

BEKERJA di dalam ruang pejabat berhawa dingin ataupun terdedah pada sinaran matahari bukan sahaja menyebabkan kulit wajah berdepan masalah dehidrasi, malah bibir juga akan menjadi kering, pecah dan mengelupas.

Secara tidak langsung situasi tersebut boleh menjejaskan penampilan sekali gus mengurangkan keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai.

Justeru, bagi mengatasi masalah itu e-Trend kali ini berkongsi beberapa tip mudah dan praktikal untuk diamalkan golongan jejaka.

Lagipun kulit bibir juga memerlukan penjagaan rapi memandangkan kulit bibir lebih nipis berbanding lapisan kulit lain. Selain itu, ia tidak mempunyai kelenjar minyak dan kelenjar sebum yang bertindak melembapkan kulit bibir.

Tip atasi bibir kering:

1) Minum air

Bagi mengelakkan permukaan bibir menjadi kering, pecah dan berdarah pastikan anda minum lapan gelas atau tiga liter air putih setiap hari. Pengambilan air dalam kuantiti yang secukupnya membantu mengekalkan kelembapan pada kulit.

2) Oles pelembap bibir

Selain minum air putih, mengoles pelembap bibir salah satu cara melindungi permukaan bibir daripada cuaca panas dan kering.

Bagi golongan jejaka anda disarankan memilih pelembap bibir jenis asli berbanding berwarna. Ini bagi mengelakkan anda kelihatan seperti memakai gincu pada bibir.

3) Elak gigit dan menjilat bibir

Tatkala bibir kering jangan sesekali menjilat atau menggigit permukaannya kerana air liur akan membuatkan lapisan kulit bertambah kering.

4) Henti merokok

Tabiat merokok boleh menyebabkan bibir menjadi kusam kesan daripada bahan nikotin yang terkandung dalam puntung rokok.

5) Scrub bibir

Menggosok bibir menggunakan pencuci khas bibir atau garam halus bertujuan menanggalkan sel-sel kulit mati. Selepas proses itu, oleskan pelembap supaya bibir tampak sihat dan menawan.

TABIAT merokok akan membuatkan kulit bibir kusam.
TABIAT merokok akan membuatkan kulit bibir kusam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!