Tiga cedera kereta bertembung lori

Anggota bomba memberikan rawatan kepada pemandu kereta Proton Wira.
Anggota bomba memberikan rawatan kepada pemandu kereta Proton Wira.
A
A
A

SIK - Seorang parah dan dua cedera ringan apabila kereta Proton Wira dinaiki bertembung sebuah lori di Jalan Felda Teloi Timur, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 6.17 pagi.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi, anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sik mendapati kaki pemandu kereta tersepit di tempat duduk penumpang.

"Lelaki dewasa berkenaan mengalami kecederaan di kaki dan kepala. Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa serta memberikan rawatan awal.

"Dua penumpang kereta masing-masing lelaki dan perempuan dewasa mengalami kecederaan ringan manakala pemandu lori selamat," katanya.

Beliau mangsa, tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani menggunakan sebuah EMRS dan ambulans.

Menurutnya, operasi berjaya diselesaikan pada jam 7.13 pagi.

Artikel Berkaitan: