Mail nak beli kereta mewah hasil duit seni

 Ismail Izzani
Ismail Izzani
A
A
A

PENYANYI, Ismail Izzani, memberitahu kereta mewah Mercedes-Benz yang dikongsi di akaun Instagram baru-baru adalah impiannya untuk memiliki kereta tersebut melalui hasil titik peluh sendiri.

Menurut pemuda berusia 19 tahun itu, ia sebagai ganjaran untuk dirinya sepanjang hampir tiga tahun berkecimpung dalam industri hiburan.

"Fasal kereta itu dalam proses untuk mendapatkannya, saya happy hasil titik peluh sendiri dan sokongan daripada orang tua saya sepanjang berkarya dalam industri ini," ujarnya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ismail yang ditemui di The Culture, Stadium Nasional Bukit Jalil,

tampil dengan imej terbaharu berkata, ia sekadar mencuba sesuatu yang baharu.

"Stail baharu, memang sengaja nak simpan rambut curly macam ini walaupun nampak macam maggie blackpepper.

"Tapi saya selesa dengan rambut sekarang sebab tak terlalu kemas sangat, suka serabai sikit," katanya berseloroh.

Mengenai karier nyanyian, Ismail bakal tampil dengan single terbaharu dan kini dalam proses menyiapkan.

Artikel Berkaitan:

"Lagu dalam proses nak siap dah, sementelah itu saya tengah buat latihan menari untuk muzik video," kongsinya teruja.