Kempen masuk syurga sekeluarga diteruskan

Ustaz Safri (kanan) menyampaikan santapan rohani sempena Family With al-Quran Membangun Keluarga Quran: Didikan Luqman. Foto: Hasril Aswandi
Ustaz Safri (kanan) menyampaikan santapan rohani sempena Family With al-Quran Membangun Keluarga Quran: Didikan Luqman. Foto: Hasril Aswandi
A
A
A

BUKIT JELUTONG - Sesi Bedah Buku: Masuk Syurga Sekeluarga Siri ke-5 bertajuk Membangun Keluarga Quran: Didikan Luqman diteruskan di Rumah Ngaji@Laman 83, pagi ini.

Program di bawah Family With al-Quran sempena kempen My Family #QuranHour dan #savingfamilies itu anjuran Rumah Ngaji@Laman83 dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Lebih menarik, santapan rohani melalui buku hasil tulisan KH Bachtiar Nasir itu turut disampaikan Penasihat Rumah Ngaji, Ustaz Safri Muhammad Zein dan dihadiri lebih 50 peserta.

Perkongsian khas Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub turut diadakan bagi memberi kelainan sempena kempen sama.

Hussamuddin menyampaikan perkongsian khas sempena program itu. Foto: Hasril Aswandi
Hussamuddin menyampaikan perkongsian khas sempena program itu. Foto: Hasril Aswandi

Ustaz Safri dalam ucapannya turut menekankan tiga misi iaitu membina syurga di rumah, bina rumah di syurga dan berjuang masuk syurga sekeluarga melibatkan perancangan enam bulan, setahun dan menuju ke akhirat melalui plakad yang diedarkan.

"Empat amalan diterapkan untuk bina syurga di rumah iaitu melibatkan fizikal, intelektual, emosi dan spiritual ahli keluarga.

"Amalan untuk membina syurga di rumah pula boleh dipraktikkan seperti menjalani solat tahajud, imarah masjid, sunat rawatib 12 rakaat, dhuha dan mempertingkatkan kesihatan diri selain infaq serta akhlak mulia.

Artikel Berkaitan:

"Bagi berjuang masuk syurga sekeluarga pula kita kena membina iman keyakinan keluarga terhadap kebenaran al-Quran, praktik amal amar maaruf dan sentiasa berpesan," katanya.