JKM cari ibu bapa kandung bayi lelaki

Pihak JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang mencari ibu bapa kandung atau waris kanak-kanak ini.
Pihak JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang mencari ibu bapa kandung atau waris kanak-kanak ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan ibu bapa kandung seorang bayi lelaki berusia setahun yang ditinggalkan di tangga tingkat 13, Apartmen Kasturi, Jalan Tasik Permaisuri, Cheras pada 3 Jun lalu.

JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, bayi dikenali sebagai Eusofff itu kini ditempatkan di institusi JKM di bawah Perintah Mahkamah Subseksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016.

"Pihak JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang mencari ibu bapa kandung atau warisnya.

"Mereka diperlukan untuk berbincang dengan pelindung kes bagi mengetahui perancangan penempatan bayi itu selanjutnya," katanya.

Katanya, demi masa depan bayi berkenaan, pihak JKM berharap ibu kandung atau warisnya hadir ke JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Ibu bapa bayi tersebut diharap dapat hadir ke pejabat JKM di tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

"Mereka juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Kes (Pelindung) iaitu Azizul Rahaman Zabidin di talian 03-26124000 sambungan 4196," katanya.

Artikel Berkaitan: