Gotong-royong bersih kampung orang asli Bateq minggu depan

Salah satu penempatan yang dibina setelah semua penduduk keluar dari rumah masing-masing bermula awal Mei lalu.
Salah satu penempatan yang dibina setelah semua penduduk keluar dari rumah masing-masing bermula awal Mei lalu.
A
A
A

GUA MUSANG - Kerja gotong-royong membersihkan kampung orang asli suku Bateq, Kampung Kuala Koh, di sini, akan dimulakan pada minggu hadapan.

Presiden Sahabat Jariah Malaysia (SJM) Johan Halid berkata, gotong-royong bersiri akan diadakan di Kuala Koh bermula 18 Julai ini dengan penyertaan daripada pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, gotong royong ini bukan hanya membersihkan kampung namun turut melibatkan penambahbaikan mana-mana yang perlu.

"Penduduk kampung juga akan turut serta bergotong-royong di samping menerima khidmat nasihat kesihatan daripada kakitangan Hospital Orang Asli Gombak.


Penduduk orang asli Kampung Kuala Koh sudah kembali ke rumah masing-masing.
Penduduk orang asli Kampung Kuala Koh sudah kembali ke rumah masing-masing.

"Alhamdulillah, keluhan orang kampung yang terdiri daripada batin, ustaz dan penduduk diambil kira dalam keputusan penting pada Mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Gua Musang, semalam apabila larangan zon merah ditarik balik hari ini.

"Saya juga dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan bersetuju tiada perpindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kecuali jika atas permintaan penduduk sendiri secara sukarela," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Tambahnya, keputusan berkenaan sangat melegakan penduduk yang tertekan sejak beberapa hari lalu apabila mendapat arahan berpindah ke PPS Gua Musang untuk beberapa ketika.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Segera selamatkan orang asli Kuala Koh!]

[ARTIKEL BERKAITAN: Orang asli Bateq sedia berpindah]