Sultan Perak rasmi bangunan baharu Ibu Pejabat JBPM

Majlis berkenaan turut diserikan dengan beberapa persembahan penuh bertenaga melibatkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).
Majlis berkenaan turut diserikan dengan beberapa persembahan penuh bertenaga melibatkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan bangunan baharu Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak di Meru Raya, di sini hari ini.

Berangkat mengiringi baginda ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Terdahulu, bangunan baharu JBPM Perak berkos RM17.6 juta mula dibina pada 12 September 2011 dan diserahkan secara rasmi pada April 2016.

Bangunan yang didirikan di atas tapak berkeluasan lebih 3.8 hektar itu dilengkapi dengan blok pentadbiran, dewan serba guna, stor logistik, pondok pengawal, rumah sampah, rumah pam dan tempat letak kenderaan.

Zuraida dalam sembah ucapannya berkata, ibu pejabat baharu itu bukan sekadar mercu tanda bangunan indah semata-mata, sebaliknya simbolik kepada kesediaan dan kesiapsiagaan jabatan berkenaan dalam memberi perkhidmatan kebombaan terbaik kepada rakyat.

"Kelengkapan moden, teknologi canggih serta persekitaran yang kondusif di bangunan ini sudah tentunya dapat menyuntik budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan pegawai yang bertugas.

Artikel Berkaitan:

"Diharap bangunan ini dapat dijadikan sebagai hub keintelektualan bagi membentuk masyarakat yang lebih mengutamakan ciri-ciri persekitaran yang selamat dan sejahtera," katanya.